UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
ISSN :2289-4470
Main Author :Nayan Nasir, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Ismail Kamarul, Mahat Hanifah, Koh Liew See,
Title :Tahap kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Artikel ini akan membincangkan tentang kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi yang melibatkan sentuhan secara langsung antara air dengan manusia. Ia melibatkan tujuh unsur logam berat iaitu zink, ferum, kadmium, magnesium, merkuri, plumbum dan kuprum. Kajian ini melibatkan sampel air dari 22 stesen kajian bagi empat buah kolam di Taman Tasik Taiping. Data primer telah digunakan iaitu melibatkan pencerapan sampel air di lapangan. Data primer kepekatan unsur logam diperoleh dengan pengambilan sampel air yang dibawa ke dalam makmal untuk ujian dalam makmal. Penilaian tahap kepekatan logam berat adalah berdasarkan pengelasan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kualiti Air Minum daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan nilai kepekatan logam berat masih di bawah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kecuali plumbum. Terdapat juga nilai kepekatan logam berat yang melebihi standard pada satu-satu masa cerapan dalam nilai maksimum iaitu ferum (1.218 mg/l) dan plumbum (1.075 mg/l). Taman Tasik Taiping kini kian menjadi tumpuan pelancong kerana adanya aktiviti rekreasi air. Dapatan ini diharapkan dapat membantu Majlis Perbandaran Taiping untuk merangka aktiviti rekreasi air di Taman Tasik Taiping dengan risiko paling minimum.

References

1. Ahmad, I., & Ahmad Badri, M. (1994). Ekologi air tawar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Geoffrey, M. (1987). Pollution threat of heavy mental in aquatic enviroment. London: Elsivier Applied Science. 3. Jamaluddin, M.J. (1995). Kualiti alam sekitar. Dalam Hairi, A. (Ed.). Titian warna sejarah pembangunan dan perubahan citra Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Penerbit Sejarah. 4. JPBD (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) (2000). Draf rancangan struktur negeri Perak 2000–2020. Ipoh: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan. 5. JPBD (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) (2005). Garis panduan dan piawaian perancangan kawasan tasik. Kuala Lumpur: Penerbit Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 6. Mohamad Suhaily Yusri, C.N. (2005). Kepentingan dan kepenggunaan prinsip asas ekologi dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Dalam Mohmadisa, H., & Mohamad Suhaily Yusri, C.N. (Eds.). Pembangunan dan alam sekitar (hlm.57-70). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 7. Mohd. Shuhaimi, O., & Muhd. Barzani, G. (2005). Kepekatan logam berat dalam air di lembangan sungai Semenyih, Selangor. Sains Malaysiana, 34(2), 45-50. 8. NAHRIM (The National Hydraulic Research Institute of Malaysia) (2010). Managing lakes and their basins for sustainable use in Malaysia. Lake brief Report Series No.1. 9. Nasir, N., Mohamad Suhaily Yusri, C. N., Mohmadisa, H., Yazid, S., & Kamarul, I. (2014a). Analisis kualiti air tasik di negeri Perak bagi aktiviti rekreasi sukan air. Laporan Penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tidak Diterbitkan. 10. Nasir, N., Mohamad Suhaily Yusri, C.N., Mohmadisa, H., Yazid, S., Kamarul, I., & Nurhamizah, S. (2014b). Pemetaan kepekatan oksigen terlarut dalam Tasik Rekreasi Taman Tasik Taiping, Perak. International Journal of Environment, Society and Space, 2(2), 75-82. 11. Nasir, N., Mohamad Suhaily Yusri, C.N., Mohmadisa, H., Mohd Hairy, I., Yazid, S., Azmi, A.B., & Zahid, M.S. (2012). Sebaran kualiti air untuk aktiviti rekreasi sukan air di Tasik YDP, Slim River, Perak. Dalam Haliza, A.R. (pnyt). Isu persekitaran dan kesihatan di Malaysia. Batu Pahat: Universiti Tun Hussien Onn. 12. Skipton, S.O., & Dvorak, B.I. (2009). Drinking water: Hard water (calcium and magnesium). University of Nebraska-Lincoln: United States. Norasikin, H., Dasimah, O., Norizan, M.A., & Siti Nabilah, M.S. (2013). Taman Tasik Taiping: Kajian terhadap kesedaran dan kesediaan pengguna terhadap pengiktirafan Tasik Warisan Dunia (UNESCO). Dalam Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-4 (hlmn. 603-611). 13. Pierzynski, G. M., J. T. Sims, & G. F. Vance. (1994). Soils and environmental quality. Boca Raton, F.L.: Lewis Publ. 14. PSR (Physicians for Sosial Responsibility) (2013). Physicians for sosial responsibility annual report 2013. Physicians for Sosial Responsibility: Washington. 15. Rancangan Kawasan Khas Kawasan Warisan Bandar Taiping (2012). Diambil daripada http://epublisiti.townplan.gov.my/muat_turun/Status%20Kemajuan%20Rancangan%20Kawasan%20Khas_Jun2 012.pdf (27 April 2013). 16. Wan Ruslan, I., Mohamad Adam, O., Sumayyah Aimi, M. N., Muhamadin, L., & Mohamad Nasir, A. R. (2012). Penilaian kualiti air sungai-sungai di Pulau Pangkor, Perak. Malaysian Journal of Environmental Management, 13(1), 81-93. 17. Yazid, S. (2010). Pengenalan pemuliharaan bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)